Alhamdulillah syukur
kerana akhirnya aku dapat juga menyambungkan pelajaran dalam Program Pengajian
Jarak Jauh Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian, Universiti
Utara Malaysia. Sekali lagi aku bersyukur kerana pusat pengajian diadakan di Institut Pertubuhan Perladang, Langkawi dan sangat la berdekatan dengan rumahku. Tidaklah aku terasa dalam mengeluaran
kos yang banyak untuk menghadiri kelas di UUM Sintok Kedah. Yalah, mana
tidaknya, dari Langkawi nak ke UUM Sintok, jika ada kelas aku perlu keluar
sehari awal sebelum kelas kerana selalunya kelas akan bermula jam 8 pagi dan
aku perlu menaiki feri, sewa kereta serta tempat tinggal.
Sebelum ini, aku memang
berhajat untuk belajar di UUM Sintok. Tetapi bila memikirkan anak yang masih
kecil dengan kekangan tugas di tempat kerja dan memerlukan kos yang banyak
untuk ke sana, aku hanya mampu mendiamkan diri. Sampai la suatu hari ada rakan
pos iklan Taklimat Kemasukan UUM dan berpusat di Langkawi di dalam aplikasi
whatsapp. Aku tidak berfikir panjang dan terus pergi taklimat tersebut yang
diadakan di KDN Langkawi anjuran oleh Jabatan Imigresen Langkawi bersama UUM.
Pada 26 Oktober 2017, aku mendaftarkan diri sebagai mahasiswi UUM dengan rasminya. Aku mendaftarkan diri di Dewan Bayas di Institut
Pertubuhan Peladang, Langkawi. Setelah selesai pendaftaran terus diadakan sesi
orentasi untuk pelajar. Pada keesokan harinya, bermula la sesi pembelajaran
yang diadakan pada setiap hari jumaat dan sabtu sekali dalam sebulan. Hari pertama di dalam
kelas masing-masing macam segan,nak bertegur sapa, pelajar yang memang peramah
tu memang ok la kan. Yela, untuk pelajar PJJ macam kami ni masing – masing mempunyai
latar belakang dan pengalaman pekerjaan yang berbeza. Takut tersilap kata nanti
kene saman. Hehee.. tapi segan ni sekejap je.. sebab semua pelajar dan
pensyarah yang mengajar di pusat Langkawi sangat sangat la bagus and sporting. Masing-
masing banyak berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada. Kelas demi kelas
merapatkan silatulrahim diantara kami.
![]() |
SESI PEMBELAJARAN |
Pada
pertengahan Januari 2018, berlangsung peperiksaan akhir semester pertama, aku
begitu risau untuk menghadapinya. Tanggungjawab sebagai isteri, ibu, pekerja
dan pelajar bukanlah senang bagi aku. Aku perlu membahagikan masa dalam menyiapkan
segala tugasan yang diberikan dan mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan
Walaupun aku sudah mengulangkaji pelajaran ia tetap menghantui aku. Namun hanya
doa dan usaha aku mampu mengharunginya. Alhamdulillah aku sudah selesai
menjawab peperiksaan akhir semester pertama. Terima kasih kepada semua pensyarah semester 1, sebab keluar dewan boleh senyum senyum.. alhamdulillah..
![]() |
MUKA EXCITED NAK MASUK DEWAN EXAM |
![]() |
DALAM DEWAN EXAM. |
![]() |
ALHAMDULLAH..SELESAI SEMUA PAPER |
Puan dekan kemaih....
ReplyDeleteHeheheh.. dia pon pointer cantik.. hebat laaaa
Deletebest posts...
ReplyDeletetq kak.. masih belajar nk buat blog lg ni..
Delete