Showing posts with label PJJ UUM. Show all posts
Showing posts with label PJJ UUM. Show all posts

Wednesday, 18 July 2018

DEAN'S AWARD SEMESTER 1

Semasa pertemuan kelas terakhir minggu lepas, selepas selesai semua pembelajaraan,  penyarah ekonomi dalam pengurusan iaitu  Dr. Ahmad Zubir Bin Ibrahim selaku Deputy Dean di UUM telah ummumkan penerima DEAN'S AWARD. Alhamdulillah... aku penerimanya.. ni result untuk semester 1.. "cukup cukup makan je " bersyukur sangat diberi peluang ni.. atas berkat usaha dan tawakal serta segala ilmu yang dikongsi oleh pensyarah dan rakan rakan.

Terima kasih kepada pensyarah dengan sesi pembelajaran didalam kelas yang mudah untuk difahami. kepada rakan rakan anda banyak membantu dalam berkongsi nota nota ringkas sewaktu mengulangkaji pelajaran.. kepada suami dan mak andalah tulang belakang ku yang banyak bagi dorongan dan kata kata semangat.. kepada anak ibu si Naufal, walaupun masih kecil dia yang sangat memahami ibu.. terima kasih semua. 

Semoga peperiksaan untuk bulan hadapan, aku dan rakan rakan seperjuangan dapat buat yang terbaik. Amin.. 😊







Tuesday, 17 July 2018

SEMESTER KEDUA



Semester kedua bermula, rasa tidak sabar pulak nak hadir ke kelas. Semester ini seperti biasa macam semester lepas dengan tugasan dan kerenah kawan-kawan yang sporting. Kali ini aku punya tugasan banyak kena buat video, dah la tak pandai bab buat video dengan nak edit lagi. Ini menjadi cabaran bagi aku dan rakanku yang turut tidak tahu berkaitan video. Tapi atas berkat sabar dan sering bertanya akhirnya kami berjaya menghasilkan video yang agak baik jugalah.


Masa berlalu terlalu pantas, kelas demi kelas, segala tugasan dah dihantar. Maka berakhirlah semua kelas untuk semester ni. Sedih untuk kelas yang terakhir tetapi berdebar debar untuk peperiksaan yang akan di hadapi bermula 4 Ogos ni. Aku berharap semester ini aku akan lebih komited dan bersungguh-sungguh dalam mengulangkaji pelajaran demi segulung ijazah. Terima kasih kepada semua penyarah untuk semester ni atas segala ilmu yang diberikan.  


Gambar dalam video ni koleksi dari rakan rakan kelas, aku kumpul untuk jadikan kenangan bagi semester ni. Semoga dengan adanya video ni menjadi pembakar semangat mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan nanti. 






video di bawah ni sumber dari classmate..  




Saturday, 14 July 2018

PENGALAMAN SEMESTER 1



Alhamdulillah syukur kerana akhirnya aku dapat juga menyambungkan pelajaran dalam Program Pengajian Jarak Jauh Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian, Universiti Utara Malaysia. Sekali lagi aku bersyukur kerana pusat pengajian diadakan di Institut Pertubuhan Perladang, Langkawi dan sangat la berdekatan dengan rumahku. Tidaklah aku terasa dalam mengeluaran kos yang banyak untuk menghadiri kelas di UUM Sintok Kedah. Yalah, mana tidaknya, dari Langkawi nak ke UUM Sintok, jika ada kelas aku perlu keluar sehari awal sebelum kelas kerana selalunya kelas akan bermula jam 8 pagi dan aku perlu menaiki feri, sewa kereta serta tempat tinggal. 

Sebelum ini, aku memang berhajat untuk belajar di UUM Sintok. Tetapi bila memikirkan anak yang masih kecil dengan kekangan tugas di tempat kerja dan memerlukan kos yang banyak untuk ke sana, aku hanya mampu mendiamkan diri. Sampai la suatu hari ada rakan pos iklan Taklimat Kemasukan UUM dan berpusat di Langkawi di dalam aplikasi whatsapp. Aku tidak berfikir panjang dan terus pergi taklimat tersebut yang diadakan di KDN Langkawi anjuran oleh Jabatan Imigresen Langkawi bersama UUM.


Pada  26 Oktober  2017, aku mendaftarkan diri sebagai mahasiswi UUM dengan rasminya. Aku mendaftarkan diri di Dewan Bayas di Institut Pertubuhan Peladang, Langkawi. Setelah selesai pendaftaran terus diadakan sesi orentasi untuk pelajar. Pada keesokan harinya, bermula la sesi pembelajaran yang diadakan pada setiap hari jumaat dan sabtu sekali dalam sebulan. Hari pertama di dalam kelas masing-masing macam segan,nak bertegur sapa, pelajar yang memang peramah tu memang ok la kan. Yela, untuk pelajar PJJ macam kami ni masing – masing mempunyai latar belakang dan pengalaman pekerjaan yang berbeza. Takut tersilap kata nanti kene saman. Hehee.. tapi segan ni sekejap je.. sebab semua pelajar dan pensyarah yang mengajar di pusat Langkawi sangat sangat la bagus and sporting. Masing- masing banyak berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada. Kelas demi kelas merapatkan silatulrahim diantara kami.


SESI PEMBELAJARAN

Pada pertengahan Januari 2018, berlangsung peperiksaan akhir semester pertama, aku begitu risau untuk menghadapinya. Tanggungjawab sebagai isteri, ibu, pekerja dan pelajar bukanlah senang bagi aku. Aku perlu membahagikan masa dalam menyiapkan segala tugasan yang diberikan dan mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan Walaupun aku sudah mengulangkaji pelajaran ia tetap menghantui aku. Namun hanya doa dan usaha aku mampu mengharunginya. Alhamdulillah aku sudah selesai menjawab peperiksaan akhir semester pertama. Terima kasih kepada semua pensyarah semester 1, sebab keluar dewan boleh senyum senyum.. alhamdulillah..

MUKA EXCITED NAK MASUK DEWAN EXAM


DALAM DEWAN EXAM.

ALHAMDULLAH..SELESAI SEMUA PAPER