Tuesday, 24 July 2018

HFMD



Tolong Jaga Anak-Anak Kita. Penyakit HFMD Sedang Mengganas! Amalkan 6 Cara Pencegahan Ini



Difahamkan setakat ini, lebih daripada 1,500 kes penyakit ini telah dilaporkan.

Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan telah diarahkan untuk menyiasat dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menangani penyebaran penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang

Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Dzulkefly Ahmad


Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata arahan yang sama juga telah dihantar kepada pengarah semua hospital di Pulau Pinang untuk mengawal penyebaran penyakit itu.

"Bahagian Kawalan Penyakit menumpukan pada isu ini, apa yang diperlukan sekarang adalah untuk mencegah penyebarannya.

"Difahamkan setakat ini, lebih daripada 1,500 kes penyakit ini telah dilaporkan," katanya ketika diwawancara akhbar The Star.


Apa itu HFMD?


Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) atau lebih dikenali sebagai penyakit HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Coxsackie atau virus enterovirus.

HFMD mendapat namanya dari kudis kecil yang terjadi pada tangan dan kaki, dan dalam mulut.

Selalunya kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun berpotensi menghidap jangkitan ini, namun begitu orang dewasa juga boleh terkena virus terbabit.




Apakah punca penyakit kaki, tangan dan mulut?


Virus coxsackie sangat mudah dijangkiti kerana ianya boleh merebak dengan cara sentuhan kepada cecair daripada mulut dan hidung pesakit yang dijangkiti virus tersebut.

Virus tersebut akan masuk ke dalam saluran limfa melalui kulit di bahagian mulut dan lapisan usus dan daripada saluran limfa itu ia akan merebak ke kalenjar limfa dan masuk ke dalam darah lalu merebak ke seluruh badan terutamanya kawasan kulit dan lapisan mulut. 

Di situlah, ruam penyakit kaki, tangan dan mulut akan terbentuk dan virus itu bersedia menjangkiti orang lain. Pada hari yang ke tujuh, Antibodi badan sudah meningkat dan akan menghapuskan virus yang berada di dalam badan pesakit. Beberapa hari kemudian, ruam pada badan akan semakin kurang dan sembuh. Masa inkubasi bagi virus ini adalah 3-6 hari.

Disclaimer: Masa Inkubasi adalah jarak masa daripada mula terdedah dengan kuman tersebut sehinggalah simptom pertama muncul.



Apakah simptom dan tanda HFMD?

Ciri-ciri klinikal termasuk:

• Demam.
• Sakit tekak.
• Ulser pada tekak, mulut dan lidah.
• Ruam pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin).
• Sakit kepala.
• Hilang selera makan.

Komplikasi
• Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung.




Apakah rawatan untuk penyakit HFMD?

Beberapa perkara yang perlu dibuat untuk menghadapi pesakit ini adalah:

1. Perlu selalu memberi minum air ia boleh menyebabkan dehidrasi berlaku pada mereka yang menghidap penyakit ini. Maka, ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak-anak untuk meminum air.

2. Ais krim boleh mengurangkan sakit pada ulcer. Jika anak mempunyai ulcer yang teruk, pemberian aiskrim dapat mengurangkan sakit pada ulcer malah menggembirakan mereka. 

3. Penggunaan ubat parcetamol boleh mengurangkan rasa sakit dan demam.

4. Ubat titis untuk mengurangkan sakit juga boleh didapati daripada klinik dan farmasi terdekat.

5. Jika pesakit mempunyai simptom yang lebih teruk, ibu bapa perlulah membawa anak mereka ke klinik ataupun hospital.




Nasihat kepada para ibu bapa dan penjaga


Ibu bapa atau penjaga diminta untuk mendapatkan nasihat daripada doktor secepat yang mungkin sekiranya anak mereka mempunyai tanda-tanda HFMD. 

Ibu bapa seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa mahupun penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. 

Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.




Cara-cara pencegahan penyakit HFMD


Ahli keluarga dinasihatkan supaya mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

1. Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.

2. Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.

3. Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.

4. Ibu bapa dan penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.

5. Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.

6. Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Monday, 23 July 2018

Hari Sukan IPD Langkawi


Hye semua.. pagi tadi ada hari sukan IPD Langkawi.. aktivitinya senamerobik di Pulapol Langkawi dan kayuhan basikal yg mengambil jarak kira 16 km bermula daripada Pulapol Langkawi - Hotel Aseania - Pulapol Langkawi. Program ini dilaksanakan untuk memastikan stamina di dalam keadaan optimum setiap masa... 


fuhhh.. tarik nafas la aku yang dah lama tak pecah peluh ni.. aktiviti bermula jam 6.45 pagi di Pulapol jadi aku gerak dari Ipd jam 6.15 pagi, awalnyaaa... semangat betul nak beraktiviti. aku  sampai terus masuk baris untuk senaman pagi join sekali dengan pelatih dalam pulapol, seronok sangat tetiba mengibau kenangan dalam pusat latihan... hahahah





kayuhan basikal yang diberi nama "kayuhan santai" bermula jam 8 pagi setelah selesai senaman pagi di Pulapol Langkawi.






aktiviti macam ni memang aku suka sangat sebab dapat eratkan silatulrahim diantara kami, yela tugas dan tangungjawab kami yang berbeza menyukarkan kami untuk jumpa selalu dan dapat menyihatkan badan.







Edit Photo

Assalamualaikum dan selamat pagi.


Fun memang fun kan..bila dapat edit gambar dengan guna handphone. Cuma guna 1 software dah macam-macam boleh edit, tak payah menyemak guna PS tu hehehe.

Kali ni nak kenalkan paveret software iaitu Photo Lab. Kepada sesiapa pengguna android ni boleh download free kat market. Search je photo lab. Akan keluar icon macm di bawah ni :



Sekarang ni memang software ni free, tapi kalo guna edit pro kena la bayar.. hehehe..

Software ni macam-macam boleh buat, boleh buat effect gambar, macam-macamlah, jom tengok gambar yang telah aku edit!

ni adalah gambar asal.. sebelum di edit..



ni antara gambar setelah di edit... cantikkan.. hehe



disedabkan terlalu excited edit gambar.. jadi banyak la yang di edit.. jadi aku jadikan video je la.. senang.. hehe so enjoy the video !!!


Thursday, 19 July 2018

Putera Yana Junior

Assalamu'alaikum w.b.t, selawat dan salam buat penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W, syukur alhamdulillah ya Allah tuhan pencipta alam yang maha pemurah lagi maha mengetahui. 

Pada 06 September 2016 jam 6.45 petang di Hospital Kuala Lumpur, telah lahir seorang lagi umat Muhammad di muka bumi ini, lahirnya Muhammad Khairi Naufal Bin Norfareez adalah pelengkap kebahagiaan kami, menyemarak semangat untuk kami terus meniti kehidupan di dunia, memangkin rasa syukur dan takjub dengan kebesaran Ilahi, menjadi amanah dan tanggungjawab insani yang wajib kami penuhi.

Syukur ya Allah atas pinjaman yang telah diberikan kepada kami. Anak kami ini adalah nikmat mu yang sangat tidak terhingga nilainya bagi kami. nikmat mu ini adalah peringatan buat kami untuk menjadi hambamu yang bersyukur, bertanggungjawab dan melaksanakan segala perintahmu juga peringatan bahawa hanya engkau yang maha berkuasa.

masa ni baru 3 bulan

Sekarang dah 1 tahun 10 bulan

Riadah Di Tepi Kolam


Assalamualaikum,

So last weekend we went to the swimming pool! Dah lama plan nak pergi, tapi disebabkan kekangan masa, memang selalu je tertangguh. Before pergi tu, of course kami akan Google dulu, baca review, tengok kolam renang mana yang paling best dan paling selesa, yelah sebab kalau sekadar kami berdua je mungkin tak apa lagi ni sebab ada baby kan.. 

kebetulan sangat keluarga mertua datang langkawi so kami cadang kat kakak ipar check in kat Bella Vista..Sebab pool kat sini private.. Kami tumpang la sekaki sebab nak ber swimming.. Heheeee .. Bella vista ni cantik sangat.. Pool dia view pantai.. Suasana dia pon tenang jee..

Bangun pagi lepas breakfast terus pegi Bella Vista sebab dah janji dengan kakak ipar nak jumpa kat sana... Seronok la this time sebab keluarga mertua ada.. Si naufal dia lagi excited nak mandi kolam.. si naufal ni memang tak boleh tengok air.. dia punya senyum sampai ke telinga.. hehehe... Masa kami sampai sana.. Memang tak ada orang.. Lagi seronok la.. Ini pool ana yang punya.. Sebab tu best kalau pool private ni.. 




Ok bab kat dalam pool memang kena serah kat my husband 100% untuk handle si Naufal.. Bukan ibu tak pandai renang ok.. cuma ibu segan nak main air.. hehe.. nampak tak ayat cover diri sendiri.. husband lagi pandai kalo bab berenang ni.. Kalo nak pegi swimming pool memang kena bawak dia.. Kira my hero laa.. Hehehe 



So lepas main air.. Terus mandikan naufal kat tepi pool.. Siap bawak alatan mandi lagi.. Pakaikan baju terus.. Kesian kat dia sampai sejuk main air.. Kami yang lain terus naik bilik kak ipar.. Mandi dan siap siap kat bilik.. Senang kan.. 

My husband plan untuk pergi swimming pool public bila free nanti.. . I tak kisah pun duduk rumah je hujung minggu, lagi best, tapi kesianlah kat anak terperuk je dalam rumah tak pergi mana-mana. Hari tu berborak dengan kawan , diorang advice, anak kecil ni elok bagi dia pandang jauh. Means bawalah keluar rumah, pergi beriadah, tengok sekeliling, biar mata dia pandang jauh, elok untuk mata dan minda. Sebab budak zaman sekarang ni kan terdedah dengan pandang dekat i.e main iPad, tengok TV, etc. Tak elok untuk mata dan perkembangan minda dia. Itu yang sedaya upaya cuba bawa anak tengok dunia luar, tengok alam sekitar.. Tapi.. sekarang ni kat luar pun udara bukannya bersih sangat, jerebu.. macam-macam penyakit.. Hmm...

Wednesday, 18 July 2018

BUKU





Buku . . .

Kau adalah sumber ilmu bagiku

Dimana aku belajar dan membaca

Dari aku tak tahu sampai tahu

Yang selalu membantuku


Buku . . .

Kau adalah jendela ilmu bagiku

Jendela menuju kehidupan yang lebih sukses

Untuk bisa mengapai cita-cita ku

Menuju kehidupan yang lebih indah


Buku . . .

Halaman demi halaman

Lembar demi lembar

Kubaca dengan serius

Hingga aku lupa waktu

Terimakasih buku

Engkau temaniku

Dari kecil hingga besar

Engkau selalu ada bagiku

DEAN'S AWARD SEMESTER 1

Semasa pertemuan kelas terakhir minggu lepas, selepas selesai semua pembelajaraan,  penyarah ekonomi dalam pengurusan iaitu  Dr. Ahmad Zubir Bin Ibrahim selaku Deputy Dean di UUM telah ummumkan penerima DEAN'S AWARD. Alhamdulillah... aku penerimanya.. ni result untuk semester 1.. "cukup cukup makan je " bersyukur sangat diberi peluang ni.. atas berkat usaha dan tawakal serta segala ilmu yang dikongsi oleh pensyarah dan rakan rakan.

Terima kasih kepada pensyarah dengan sesi pembelajaran didalam kelas yang mudah untuk difahami. kepada rakan rakan anda banyak membantu dalam berkongsi nota nota ringkas sewaktu mengulangkaji pelajaran.. kepada suami dan mak andalah tulang belakang ku yang banyak bagi dorongan dan kata kata semangat.. kepada anak ibu si Naufal, walaupun masih kecil dia yang sangat memahami ibu.. terima kasih semua. 

Semoga peperiksaan untuk bulan hadapan, aku dan rakan rakan seperjuangan dapat buat yang terbaik. Amin.. 😊







Tuesday, 17 July 2018

MENGHARGAI NIKMAT KEHIDUPAN


Setiap yang bernyawa pasti mengimpikan sebuah kehidupan dan suatu pencapaian yang terbaik dalam hidup.

Kehidupan ini diibaratkan satu putaran waktu. Susah dan senang, usia muda dan usia tua, masa lapang dan masa sibuk, kaya dan miskin, sihat dan sakit, hidup dan mati, kitaran ini saling melengkapi dalam setiap kehidupan.


"Ia seiring dan seakan sukar untuk dipisahkan daripada hidup setiap yang bergelar makhluk bernyawa"


Kita ibaratkan proses kehidupan ini seperti seekor burung yang kepatahan sayap atau mengalami luka, sudah pasti ia memerlukan masa untuk proses penyembuhan berlaku.

Sepanjang tempoh pemulihan itu, sang burung berkenaan memerlukan masa rehat yang secukupnya untuk kembali pulih dan terbang bebas seperti sediakala.

Nikmat kebebasan yang pernah dikecapi sudah pasti sangat diharapkan agar ia dapat dinikmati kembali.

Setelah kembali pulih, terbanglah sang burung bebas menikmati indahnya bumi ciptaan Allah ini. Rasa syukur dan bahagia tentunya tidak putus dari lubuk hatinya.

Begitu juga diibaratkan dengan kehidupan seorang hamba bergelar manusia. Selagi nikmat kehidupan ini diperoleh seperti kehendak hati, sudah pasti hati akan sentiasa berbunga bahagia.

Namun begitu, pada tahap mana pula kesyukuran kita sebagai seorang hamba apabila nikmat kehidupan yang Allah anugerahkan ini ditarik buat sementara atau selamanya?


"Bagaimana pula seandainya nikmat itu Allah tukarkan atau dipulangkan derita sebagai ujian hidup?"


Sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang Allah anugerahkan kepada setiap makhluk yang bernafas di bumiNya. Tidak mampu untuk kita hitung jumlah nikmat tersebut.

Lahir sahaja kita ke dunia ini, maka bermulalah kehidupan sebagai seorang hamba iaitu untuk menjadi khalifah di muka bumi.

Penciptaan kita sebagai manusia di muka bumi ini merupakan tanda kasih sayang Allah sebagai Pencipta buat hambaNya yang tunduk dan patuh pada perintah dan laranganNya iaitu untuk beribadah kepada Allah.

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Surah Adh-Dhariyat : Ayat 56)


"Memakmurkan bumi Tuhan ini merupakan tanggungjawab setiap insan."


Sedang kita bergembira atau berduka, semua itu hadir dengan sebab dan hikmah yang kekadang tidak kita jangka malah kekadang pula kita melupakannya.

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a., bertanya: Nabi SAW bersabda: “Ada dua nikmat yang sering kebanyakan manusia tertipu dengannya (sering melupakannya), iaitu waktu sihat dan waktu lapang.” (Hadis Sahih Bukhari Jilid 4.: No.1737)

Seringkali kita sebagai hambaNya terleka dan alpa dengan nikmat kurniaanNya apabila terlalu taksub mengejar kemewahan dunia. Sedang kita tahu dengan akal fikir yang sihat, dunia ini hanya sebuah persinggahan dan kehidupan yang abadi adalah di akhirat sana.


“Dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.” (Surah Adh-Dhariyat : Ayat 55)


"Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat pemberianNya"


Sesungguhnya kehidupan di dunia ini fana (tidak kekal) dan kehidupan abadi itu hanya wujud setelah kita dibangkitkan kembali di Padang Mahsyar nanti.

Hitungan amal dan pembalasan akan dimulakan dan itulah permulaan sebenar sebuah kehidupan.

SEMESTER KEDUA



Semester kedua bermula, rasa tidak sabar pulak nak hadir ke kelas. Semester ini seperti biasa macam semester lepas dengan tugasan dan kerenah kawan-kawan yang sporting. Kali ini aku punya tugasan banyak kena buat video, dah la tak pandai bab buat video dengan nak edit lagi. Ini menjadi cabaran bagi aku dan rakanku yang turut tidak tahu berkaitan video. Tapi atas berkat sabar dan sering bertanya akhirnya kami berjaya menghasilkan video yang agak baik jugalah.


Masa berlalu terlalu pantas, kelas demi kelas, segala tugasan dah dihantar. Maka berakhirlah semua kelas untuk semester ni. Sedih untuk kelas yang terakhir tetapi berdebar debar untuk peperiksaan yang akan di hadapi bermula 4 Ogos ni. Aku berharap semester ini aku akan lebih komited dan bersungguh-sungguh dalam mengulangkaji pelajaran demi segulung ijazah. Terima kasih kepada semua penyarah untuk semester ni atas segala ilmu yang diberikan.  


Gambar dalam video ni koleksi dari rakan rakan kelas, aku kumpul untuk jadikan kenangan bagi semester ni. Semoga dengan adanya video ni menjadi pembakar semangat mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan nanti. 






video di bawah ni sumber dari classmate..  




Saturday, 14 July 2018

PENGALAMAN SEMESTER 1



Alhamdulillah syukur kerana akhirnya aku dapat juga menyambungkan pelajaran dalam Program Pengajian Jarak Jauh Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian, Universiti Utara Malaysia. Sekali lagi aku bersyukur kerana pusat pengajian diadakan di Institut Pertubuhan Perladang, Langkawi dan sangat la berdekatan dengan rumahku. Tidaklah aku terasa dalam mengeluaran kos yang banyak untuk menghadiri kelas di UUM Sintok Kedah. Yalah, mana tidaknya, dari Langkawi nak ke UUM Sintok, jika ada kelas aku perlu keluar sehari awal sebelum kelas kerana selalunya kelas akan bermula jam 8 pagi dan aku perlu menaiki feri, sewa kereta serta tempat tinggal. 

Sebelum ini, aku memang berhajat untuk belajar di UUM Sintok. Tetapi bila memikirkan anak yang masih kecil dengan kekangan tugas di tempat kerja dan memerlukan kos yang banyak untuk ke sana, aku hanya mampu mendiamkan diri. Sampai la suatu hari ada rakan pos iklan Taklimat Kemasukan UUM dan berpusat di Langkawi di dalam aplikasi whatsapp. Aku tidak berfikir panjang dan terus pergi taklimat tersebut yang diadakan di KDN Langkawi anjuran oleh Jabatan Imigresen Langkawi bersama UUM.


Pada  26 Oktober  2017, aku mendaftarkan diri sebagai mahasiswi UUM dengan rasminya. Aku mendaftarkan diri di Dewan Bayas di Institut Pertubuhan Peladang, Langkawi. Setelah selesai pendaftaran terus diadakan sesi orentasi untuk pelajar. Pada keesokan harinya, bermula la sesi pembelajaran yang diadakan pada setiap hari jumaat dan sabtu sekali dalam sebulan. Hari pertama di dalam kelas masing-masing macam segan,nak bertegur sapa, pelajar yang memang peramah tu memang ok la kan. Yela, untuk pelajar PJJ macam kami ni masing – masing mempunyai latar belakang dan pengalaman pekerjaan yang berbeza. Takut tersilap kata nanti kene saman. Hehee.. tapi segan ni sekejap je.. sebab semua pelajar dan pensyarah yang mengajar di pusat Langkawi sangat sangat la bagus and sporting. Masing- masing banyak berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada. Kelas demi kelas merapatkan silatulrahim diantara kami.


SESI PEMBELAJARAN

Pada pertengahan Januari 2018, berlangsung peperiksaan akhir semester pertama, aku begitu risau untuk menghadapinya. Tanggungjawab sebagai isteri, ibu, pekerja dan pelajar bukanlah senang bagi aku. Aku perlu membahagikan masa dalam menyiapkan segala tugasan yang diberikan dan mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan Walaupun aku sudah mengulangkaji pelajaran ia tetap menghantui aku. Namun hanya doa dan usaha aku mampu mengharunginya. Alhamdulillah aku sudah selesai menjawab peperiksaan akhir semester pertama. Terima kasih kepada semua pensyarah semester 1, sebab keluar dewan boleh senyum senyum.. alhamdulillah..

MUKA EXCITED NAK MASUK DEWAN EXAM


DALAM DEWAN EXAM.

ALHAMDULLAH..SELESAI SEMUA PAPER


Friday, 13 July 2018

ABOUT ME




1. Nama: Khairiliyana Binti Kamarudin
2. ID Matrik : 258121
3. Tarikh Lahir: 11 Januari 1989
4. Status: Berkahwin
5. Warganegara: Malaysia
6. Agama:Islam
7. Bangsa:Melayu
8. Alamat: IPD Langkawi
07000 Langkawi,Kedah
9. No.Telefon: 010-2215165
10. Email: khairiliyanakamarudin@gmail.com


PeRwAtAkAn :

1. Berdisplin dan menepati masa

2. Amanah dalam tanggungjawab yang diberi

3. Tidak pernah putus asa dan sentiasa berusaha